Monday, June 10, 2013

entri sulung

sudah lebih 10 tahun aku berada di Malaya. apakah aku orang hebat kerana jadi orang KL? aku bukan seorang intelektual. jadi timbul rasa malu jika menulis seperti lagaknya seorang Doktor atau sarjana. walaupun membaca dan menulis kesukaanku, ia tidak bermakna aku boleh jadi panelis untuk bercakap di depan khayalak. tambahan aku tidak minat berdepan dengan orang ramai.

blog ini aku bina semata-mata aku ingin melarikan diri daripada berbicara tentang sastera. mungkin aku akan bercakap tentang buku atau karya yang pernah dibaca. memandangkan aku menggunakan Selamat Datang Ke Malaywood sebagai tajuknya. ya, tajuk buku kumpulan cerpen kedua aku yang mungkin pernah atau belum kamu baca.

aku orang Sarawak. pada umur 18 tahun aku pertama kali sampai ke Malaya. ambil hadiah sastera di hotel Hilton. lepas itu tahan teksi bersendirian dan menuju terus ke lapangan terbang Subang. pegawai dbp cawangan Sarawak risau bila aku balik tanpa memberitahu pegawai dbkl. memang aku suka ambil keputusan sendiri. itu sebab aku jadi penulis dan bukan seorang peguam yang membela DSAI, misalnya.